Selasa, 27 Maret 2012

REVIEW ALBUM : UNIC - HIJRAH

Kali ni aku nak membuat 'review' bagi album terbaru UNIC yang diberi tajuk 'Hijrah'. Kini berada di pasaran. Album kali ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama oleh UNIC dan syarikat HPA.



Album Hijrah ini adalah album ketujuh UNIC, menyusul setelah album You and I See (2001), See You di IPT (2003), Satu Tekad (2005), Tika Itu (2007) dan kompilasi Langkah Tercipta (2009). UNIC juga pernah merakamkan album Nur Muhammad (2010) yang mengandungi lagu-lagu dan selawat bersama kumpulan Inteam. Kini UNIC dianggotai oleh Bazli, Fadzli dan Fakhrul Radhi. Untuk maklumat lanjut tentang UNIC anda bolehlah ke laman web ini.


Album ini juga adalah album penuh pertama UNIC di bawah rakaman UNIC Records, iaitu syarikat yang ditubuhkan sendiri oleh UNIC. Antara lagu popular UNIC sebelum ini adalah Hanya Tuhan Yang Tahu, Balqis, Ke Makam Bonda, Atas Nama Cinta, Langkah Tercipta dan lain-lain.

Berbalik kepada album kali ini, album ini memuatkan 9 trek, iaitu tujuh lagu dan dua Doa yang dijadikan trek pembukaan dan trek penutup. Senarai lagu-lagu:


1) Doa Dhuha
2) Hijrah
3) As Syafi
4) Menuju Wawasan
5) Ubatan Hakiki (feat. Fadzli Far East)
6) Sangkar Hati
7) Solatlah Wahai Permata Hatiku
8) Sajak Usahawan
9) Doa Rabitah


Seperti biasa ulasan lagu-lagu secara individu:


Hijrah
(Lagu: Ummu Amar & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lagu ini mengungkapkan tentang hijrah. Maksud hijrah secara umum disampaikan menerusi lagu ini, iaitu perubahan dari keadaan yang kurang/tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Lagu balada yang menenangkan. (4/5)


As Syafi
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Sedikit adunan muzik etnik. Liriknya adalah gabungan bahasa Melayu dan Bahasa Arab. (3.5/5)


Menuju Wawasan
(Lagu & Lirik: Fairuz (Suara Firdaus)
Lagu asal oleh kumpulan nasyid Suara Firdaus. Disampaikan semula oleh UNIC. Dijadikan single pada tahun lepas. Lagu ini berkenaan umat Islam yang digesa supaya menjadi cemerlang dalam setiap apa yang dikerjakan. Umat Islam juga dinasihatkan supaya meninggalkan sikap negatif supaya Islam kembali ke puncak kegemilangannya. (4/5)


Ubatan Hakiki (feat. Fadzli Far East)
(Lagu: Fadzli Far East & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lirik lagu ini berkisar tentang sakit dan usaha untuk mengubati sakit itu. Di samping berusaha dengan berubat, kita juga perlu memohon kepada Allah kerana hanya dengan izin Nya kita mampu sembuh. Sakit itu juga mungkin boleh menjadi penghapus dosa. Satu lagi lagu balada yang baik. (4/5)


Sangkar Hati
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Masih lagi kekal seperti lagu-lagu nasyid sebelum ini, sebuah lagu pop ballad walaupun susunan muziknya agak berlainan jika dibandingkan dengan lagu-lagu biasa UNIC. Mendengar lagu ini membuatkan pendengar tertanya-tanya apa yang sebenarnya yang kita cari di dunia ini. Tapi aku suka lagu ini. (4.5/5)


Solatlah Wahai Permata Hatiku
(Lagu: Fadzli Far East & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Kepentingan solat dan nasihat kepada insan terutamanya anak-anak kecil supaya jangan meninggalkan solat adalah perkara yang ditekankan dalam lagu ini. (3.5/5)


Sajak Usahawan
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lagu ini aku rasa didedikasikan khas kepada semua usahawan. Ciri-ciri usahawan berjaya diungkapkan dalam lirik lagu ini. Semua usahawan, silakan dengar lagu ini. Masih ingat lagi perbezaan antara ciri-ciri usahawan dan ahli perniagaan (Kemahiran Hidup Tingkatan 2)? Lagu ini kedengaran seperti lagu koir. Satu pembaharuan yang menarik (3.5/5)


P/s:
1) Semua lagu dalam album ini ditulis liriknya oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, iaitu Pengarah Urusan HPA. Boleh tahan lirik-lirik beliau ni.

2) Boleh dapatkan album ini di stokis dan kedai menjual produk HPA dan blog Kedai Nasyid Online. Juga ada di sini Unic.my

REVIEW ALBUM: DEVOTEES - BERJALAN TANPA HENTI

Salam Sejahtera






Kini giliran kumpulan Devotees pula tampil dengan album terbaru mereka. Album kali ini diberi tajuk “Berjalan Tanpa Henti”. Ini adalah album penuh kedua Devotees dan album ketiga Devotees secara keseluruhannya. Album penuh pertama Devotees – Devotees dirakamkan pada tahun 2005 dengan lagu-lagu hit seperti Tika Dinihari, Mahar Cinta dan Sahabatku. Album seterusnya adalah Alternatif Hiburan Bermotivasi pada tahun 2007. Album kali ini lebih berkonsepkan ke arah kemanusiaan.

Untuk album kali ini, semua anggota Devotees, Adi Akmal, Abd Halim, Muhammad dan Shauqi bertindak sebagai penerbit album. Terdapat 9 trek dalam album ini. Senarai lagu dalam album:


1) Berjalan Tanpa Henti
2) Bersama
3) Hadirnya S.A.W
4) Selagi Hayatmu Di Sini
5) Don't Walk Away
6) Harapan feat. Salleh Brotherz
7) Rindu Kedamaian
8) Bersama (versi akustik)
9) Bersama (minus one)


Berikut adalah ulasan lagu-lagu dalam album.



1. Berjalan Tanpa Henti
(Lagu & Lirik: Yasin Sulaiman)
Album baru Devotees dimulakan dengan sesuatu yang baru, berbeza daripada lagu-lagu Devotees sebelum ini. Susunan muzik dan vokal yang mantap menghiasi lagu ini. Di bahagian hujung lagu ini juga ada banyak pengulangan ‘Lalala lalala’ yang jarang didengari dalam lagu-lagu nasyid. Liriknya mengisahkan tentang perjalanan hidup kita yang tidak pernah akan sunyi dengan ujian. Oleh itu, kita dinasihatkan supaya jangan sekali-kali berputus asa apabila berdepan ujian yang pasti ada hikmahnya dan sentiasalah ingat kepada Allah. (4.5/5)


2. Bersama
(Lagu & Lirik: Adi Akmal)
Lagu karya anggota Devotees sendiri, Adi Akmal. Sebelum ini, lagu ini pernah dimuatkan dalam album mini Devotees, Alternatif Hiburan Bermotivasi yang dikeluarkan pada tahun 2007 dan album Nasyid Mantop keluaran Inteam Records pada tahun yang sama. Lagu ini boleh dikatakan sebagai lagu ‘trade mark’ Devotees. Lirik lagu ini sekali lagi berkisar tentang rintangan dalam kehidupan dan persahabatan. (4/5)


3. Hadirnya Cahaya S.A.W
(Lagu & Lirik: Abdul Halim)
Sebuah lagi lagu karya anggota Devotees, Halim. Lagu selawat serta pujian ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Susunan muzik yang agak ‘upbeat’. (3.5/5)


4. Selagi Hayatmu Di Sini
(Lagu: Adi Akmal & Lirik: Salleh Brotherz)
Lirik lagu ini aku rasa mengisahkan tentang penderitaan yang melanda soerang insan yang menyebabkan sikapnya berubah (atau dipinggirkan oleh orang-orang di sekelilingnya), tidak lagi seperti dulu. Penulis mungkin sebagai orang terdekat dengan insan itu menasihatkannya supaya bersabar dan berjanji akan setia di sisinya. Aku suka lirik lagu ini. Susunan muzik lagu ini tidak mengecewakan. (4/5)


5. Don’t Walk Away
(Lagu: Adi Akmal & Lirik: Muhammad)
Kalau dalam album pertama dahulu, ada lagu berbahasa Inggeris bertajuk Lament, album kali ini menampilkan Don’t Walk Away. Lirik lagu ini berkisar tentang motivasi dan peringatan untuk kita sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan. Susunan muzik ala-ala slow rock dan balada. Don’t Walk Away Walk Away yeah yeah yeah! (4.5/5)


6. Harapan (feat. Salleh Brotherz)
(Lagu & Lirik: Dak Mie)
Rasanya dah lama tak mendengar hasil tangan Dak Mie. Untuk lagu ini, Devotees berduet dengan Salleh daripada kumpulan Brotherz. Moga hidayahnya kan tiba. (4/5)


7. Rindu Kedamaian
(Lagu: Mohd Taufiq Nordin & Lirik: Muhammad)
Tipikal pop ballad. Liriknya mengisahkan kedamaian yang kian hilang di dunia ini. Begitu juga kasih sayang dan sifat kemanusiaan yang kian luput ditelan zaman. Susunan muzik yang tak jauh bezanya dengan lagu Harapan. (3.5/5)


8. Bersama (Versi Akustik) (3/5)
9. Bersama (Minus One) (3/5)
Turut dimuatkan lagu Bersama dalam versi akustik untuk album ini. Versi minus one juga disediakan (akustik).


J

KalamaK ~ Album Pertama Suhaimi

KalamaK adalah perkataan arab yang bermaksud kata kataMu,merupakan album pertama terbitan penyanyi nasyid solo,Suhaimi Saad ( bekas ahli kumpulan Inteam atau lebih dikenali sebagai suami Ina Naim )


Diterbitkan dengan kerjasama Strategic Communication Sdn Bhd dan dilancarkan pada 30 Jun 2008 di Restoran Puteri Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.


KalamaK memuatkan sepuluh buah lagu ciptaan Suhaimi sepenuhnya iaitu :


  • KalamaK
  • Cahaya Mata
  • Ezzahra'
  • Rona Cinta
  • Syukur
  • Istighfar
  • Roda Harapan
  • Kain Biru
  • Selamat Tinggal Dunia
  • Doa Taubat


Album yang berkonsep pop nasyid ini diedarkan oleh Strategic Communication Sdn Bhd dan Inteam Records Sdn Bhd.Ia juga boleh didapati secara online di http://www.suhaimi.com.my/ dengan harha RM25 (termasuk kos penghantaran ).


KalamaK hanya mengambil masa 5 hari untuk dirakamkan.Ia merupakan album kedua Suhaimi selepas album Kias Cinta.

ALBUM INTEAM ALLAHU RABBI

Dalam album allahurobbi inteam mengeluarkan 10 singgle nya di antaranya  Ada

  1. Allahu Rabbi
  2. Hamzah Asadullah
  3. Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin) 
  4. Dia Muhammad
  5. Kepastian
  6. Kemuliaan Al Quran
  7. Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan)
  8. Redha
  9. Asma' Allah
  10. Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)       







    Track 1 – Allahu Rabbi


    Lagu Allahu Rabbi memulakan track album ini dengan penuh yakin. Dengan melodi chorus yang cathchy dan mampu menjadi anthem baru Inteam. Akhi Amin, Suhaimi dan Syam yang menggalas tugas menyanyi dalam bahasa Hindi pun dengar lancar, tanpa intonation yang artifical. Wah, kalau dibikin VC utk clip ni, elok diundang sekali orang-orang India Muslim untuk memeriahkan. Sebuah lagu yang bernada gembira dan bagus.

    Track 2 – Hamzah Asadullah

    Untuk pertama kalinya, mereka cuba membikin sebuah lagu epik. Hmm, cubaan pertama Inteam kali ini nampak hasil yang boleh dibanggakan. Cuma muzik bagi lagu ini kedengaran sedikit longgar bagi sebuah lagu epik sebegini. Namun, susunan vokal yang mantap serta efek bunyi dapat memadatkan ruang-ruang kosong di dalam muziknya. Tapi apapun, lagu ni mantap. Apabila mendengar lagu ini, kita sendiri akan dapat merasakan betapa besarnya perjuangan Hamzah r.a.. Dengar macam dekat medan perang pun ada.

    Track 3 – Hanya Takdir


    Lagu yang menguji vokal Inteam ketahap paling maksima dalam album ni. Unsur-unsur classical orkestra ala gospel mengambil tempat dalam lagu ni. Koir dalam lagu ni memang rapi susunannya dan masuk dengan muzik orkestra. Cuma, kelemahannya pada muziknya adalah hanya tertumpu banyak pada strings, piano dan sedikit percussion (Timpani dan Obon). Kalau ditambah lagi elemen horns dgn winds, aku boleh kata, lagu yg sempurna.

    Track 4 – Dia Muhammad

    Kembali kepada suasana ceria dengan chorus yang catchy. Fusion arab yang kedengaran sedikit laid back, namun tetap segar apabila didengar.

    Track 5 – Kepastian

    Nampaknya kali ini, Inteam cuba sedaya upaya untuk membikin kembali ‘killer song’ yang menghambat ribuan peminat mereka pada zaman mereka di Hijjaz Records dulu. Lagu pop ballad ini sedap, dengan chorus yang padat dan tidak meleret. Wow, lagu ni aku cukup suka dan menjadi track kegemaran aku dalam album ni. Ditambah pulak dengan susunan muzik drpd Along Exist yang memang mempunyai kepakaran membikin lagu2 ‘maut’ untuk Inteam sejak dahulu kala lagi. Sempurna! Muzik pun memang sesuai dengan Inteam.

    Track 6 – Kemuliaan Al-Quran


    Cuba menukar mood kepada lagu asli. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam lagu ni. Mungkin sebab lagu ni tidaklah 100% irama melayu asli, maybe 85% sahaja dan diadun dengan sedikit pop. Irama Melayunya mungkin kedengaran jelas pada lenggok vokal. Tapi bila dengar dua tiga kali, melekat gakla. Bolehlah dikira sedap juga.

    Track 7 – Asy-Syafie

    Ini satu lagi lagu yang sesuai untuk ‘melompat-lompat’. Kedengaran sekali lagi arab fusion yang boleh dikatakan boleh tahan jugalah. Suka dengar ‘suara macho’ Ustaz Taha kita. Lama juga aku tak dengar Inteam buat lagu Arab dan lagu ni pun best juga. Lagu yg kedengaran sedikit techno fusion arab juga. Tiadalah over.

    Track 8 – Redha

    Lagi sekali, cubaan utk membuat ‘killer song’ dengan bantuan Along Exist tampak berjaya. Namun, kali ini lebih banyak vokal works daripada lagu Kepastian, tanpa kehadiran vokal Syam dan Suhaimi. Lagu ni melekat juga chorusnya dalam masa yang singkat. Sedikit ringan berbanding lagu Kepastian yg agak berat sedikit pembawaannya.

    Track 9 – Asma’ Allah

    Cuba bereksperimentasi dengan Asmaul Husna. Muzik laid back, sekali dengar memang rasa tenang. Light and easy, mungkin perkataan yang paling tepat pada lagu ni. Lagu yang straight forward dengan vokal yg cemerlang.

    Track 10 – Kasih Sayang
    Pop nasyid yang tipikal. Seakan cuma lagu pelengkap album. Tapi bila disemak semula, mungkin ada sebab diletakkan lagu ini pada track last. Track pertama dibuka dengan mood hype dan ditutup juga dengan mood hype, untuk memberi satu kepuasan selepas puas dengar satu album.